Salam perkenalan...

Saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan tentang bagaimana untuk menjawab soalan dalam penulisan khusus pada soalan Bahagian C (Nilai murni dan pengajaran). Saya berharap blog ini dapat membantu sesiapa yang mahu mempelajari cara-cara menjawab soalan penulisan Bahagian C. Selamat maju jaya.

Sunday, 25 December 2011

Bank Soalan Penulisan Bahagian C (2005-2010)

SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2010)

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan.
Sahabatku Fadhil,

                Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya semasa menyertai lawatan ke Pulau Langkawi anjuran Kelab Bahasa Melayu sekolah saya.

                Kami memperoleh ilmu pengetahuan yang banyak. Setiap detik yang dilalui, kami manfaatkan dengan mengunjungi pelbagai tempat bersejarah seperti Beras Terbakar Makam Mahsuri dan Pantai Pasir Hitam. Ketika menaiki Kereta Kabel Langkawi menuju ke puncak Gunung Machinchang, kami kagum akan keindahan alam semula jadi. Cuacanya sejuk manakala udaranya segar dan nyaman.

                Semasa di Pantai Cenang, kami meminta kebenaran untuk mandi tetapi guru pengiring melarang kami kerana ombak besar. Kami akur akan nasihat guru tersebut. Lawatan seterusnya ke ‘Underwater World’, iaitu tempat pelbagai jenis kehidupan air dipamerkan. Kami berbaris sebelum masuk untuk mengelakkan kesesakan.

                Sebelum pulang kami singgah di pekan Kuah untuk membeli-belah. Saya hanya membeli barang-barang yang perlu sahaja kerana itulah yang dipesan oleh ibu. Saya juga membeli cenderamata untuk kawan-kawan dan keluarga.



Nilai  murni
Penerangan / ulasan


























SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2009)

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan.

            Sang Semut sering keluar mencari makanan untuk kumpulannya. Sang Semut bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas yang diberikan.

                Pada suatu hari, ketika Sang Semut asyik mencari makanan, Sang Semut telah terjatuh ke dalam sungai. Sang Semut dihanyutkan air dan hampir lemas.

                Sang Merbuk yang melihat kejadian itu segera menjatuhkan sehelai daun agar Sang Semut dapat berpaut. Sang Semut berjaya menyelamatkan dirinya dengan bantuan Sang Merbuk.

                Pada suatu pentang, Sang Semut terlihat seorang pemburu sedang mengacukan senapang ke arah Sang Merbuk. Sang Semut segera mengigit kaki pemburu itu. Pemburu terkejut lalu tembakannya tersasar. Sang Merbuk segera terbang untuk menyelamatkan diri. Sang Merbuk mengucapkan terima kasih kepada Sang Semut.

                Sejak peristiwa itu, Sang Semut dan Sang Merbuk bersahabat baik.





Nilai  murni
Penerangan / ulasan


























SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2008)

Tulis lima  pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan.
Ana          : Apa khabar, Halim?
Halim       : Beransur baik sekarang. Cuma badan saya masih lemah dan tidak berselera untuk makan.
Ana          : Awak mesti makan, jangan turutkan hati. Makanan di sini berkhasiat. Kalau tak makan, bagaimana nak
                  sihat?
Halim       : Terima kasih atas ingatan awak.
Ana          : Eh, tentulah! Kita berkawan mestilah saling mengingati.
Halim       : Apa khabar kawan-kawan kita?
Ana          : Oh, semuaya baik belaka! Mereka mendoakan supaya awak segera sembuh. Apa kata soktor tentang
                  penyakit awak?
Halim       : Doktor mengatakan bahawa saya disyaki menghidap demam denggi.
Ana          : Oh, begitu! Penyakit demam denggi ini berpunca daripada nyamuk aedes. Kita mesti pastikan air tidak
                  bertakung agar nyamuk aedes tidak membiak.
Halim       : Betul tu, Ana. Semua pihak perlu menjaga kebersihan persekitaran.
Ana          : Baiklah, Halim. Saya minta diri dulu. Saya dah berjanji dengan ibu saya untuk pulang awal. Ini ada
                  beberapa buah buku yang boleh awak baca untuk menghilangkan rasa bosan awak.
Halim       : Terima kasih, Ana. Sekurang-kurangnya buku ini boleh mengisi masa lapang saya di sini. Berhati-hati
                  Semasa pulang. Sampaikan salam saya kepada kawan-kawan dan keluarga awak.      



Nilai  murni
Penerangan / ulasan



























SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2007)

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan.


Ketika berjalan ke sekolah untuk menghadiri latihan sukan, aku terjumpa sebuah dompet. Aku membuka dompet itu untuk mengetahui siapa pemiliknya. Di dalam dompet itu terdapat wang yang banyak dan dokumen penting. Aku berfikir sejenak sambil melihat sekeliling sekiranya ada orang yang sedang mencari-cari dompetnya.

Tiba-tiba rakanku datang dan aku memberitahunya tentang dompet tersebut. Dia menyuruh aku mengambil sahaja dompet itu. Aku tidak berani untuk berbuat demikian. Aku teringat akan pesanan ibu bapaku agar tidak mengambil barang kepunyaan orang lain.

Aku membuat keputusan untuk menyerahkan dompet tersebut kepada guru bertugas, iaitu Cik Rani. Beliau telah membawa aku berjumpa dengan guru besar. Guru besar memuji tindakan yang telah aku lakukan itu.



Nilai  murni
Penerangan / ulasan



























SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2006)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan.

Nani murid yang sentiasa mengambil berat tentang pelajaranya. Pada masa yang sama dia mempunyai pelbagai hobi. Mengumpul setem adalah antara hobi yang paling digemarinya. Dia memiliki lima buah album setem yang disimpan di dalam almari yang berkunci.

                Setem yang dikumpulkannya diperoleh daripada beberapa buah negara. Nani bertukar-tukar setem dengan kawan-kawan sekolahnya dan sahabat pena dari negeri-negeri di Malaysia dan luar negara.

                Kini dia memiliki pelbagai setem dan mempunyai ramai kawan. Melalui hobinya, Nani dapat mengetahui berbagai-bagai maklumat tentang negara luar seperti mata wang, kebudayaan, makanan dan pemimpin negara.

                Dia amat gembira kerana hobinya mendatangkan banyak faedah. Di samping itu, dia dapat mengelakkan dirinya daripada terlibat dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan membuang masa.




Nilai  murni
Penerangan / ulasan




























SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2005)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan.

          Semasa kakak pergi bekerja, adik telah masuk ke bilik kakak dan bermain-main di situ. Sedang asyik bermain, tiba-tiba adik ternampak sebuah cenderamata kepunyaan kakak yang diperbuat daripada kaca. Cenderamata itu ialah pemberian kawan kakak yang baru pulang dari luar negeri.

                Saya telah melarang adik supaya tidak bermain-main dengan cenderamata itu tetapi adik tidak mengendahkannya. Tiba-tiba, cenderamata itu terlepas dari tangan adik dan terhempas di lantai lalu pecah berderai. Emak memarahi adik.

                Sebelah petang, kakak pulang dari tempat kerja. Kakak sungguh sedih apabila mengetahui cenderamata kesayangannya telah pecah. Adik meminta maaf dan berjanji tidak akan mengusik barang-barang kepunyaan kakak lagi.




Nilai  murni
Penerangan / ulasan



























No comments:

Post a Comment